Wednesday, May 6, 2015

FIRST IMPRESSION: You will never get the second chance to create the first impression
Pelantikan sebagai Pegawai Keempat:
Pada lazimnya, pengadil baru akan dilantik sebagai P4 di dalam pertandingan dan di sinilah ramai GAGAL untuk menciptakan FIRST IMPRESSION dalam kalangan pemain dan pegawai pasukan.
1. Penampilan Diri - pakaian, ketepatan waktu, kemesraan, cara membawa diri di dalam majlis atau bercakap di mesyuarat penyelarasan perlawanan memberikan suatu gambaran awal terhadap personaliti anda
2. Menangani Masalah Bangku Simpanan - Jika anda tidak langsung memikirkannya terlebih awal, anda akan gagal untuk menangani masalah dari bangku simpanan. JIka anda gagal MENONJOLKAN KETEGASAN anda sebagai pengadil kepada pemain2 simpanan dan pegawai pasukan ketika ada masalah dari mereka, anda akan hilang RESPECT dalam kaca mata mereka. Hadapi masalah bantahan dari mereka secara tenang dan tegas. Jika tidak mendapat kerjasama secara mesra gunakan ketegasan renungan mata (Referee's Stare) ketika berhadapan dengan mereka. Jika masih gagal untuk mendapatkan kerjasama, dapatkan perhatian Pengadil melalui AR1 untuk mengeluarkan mereka dari bangku simpanan.
3. Penggantian - Biasakan diri dengan ;changing board' atau 'electronic changing board' agar tidak kekok ketika ingin digunakan. Pastikan nombor yang ingin masuk dan keluar ada di dlam startlist, kad penggantian ditandatangani, peralatan pemain. Bergerak dan berdiri berhampiran garisan tepi dan bukan di meja P4 untuk mendapatkan perhatian pengadil dan AR.
4. Kecederaan - sebaik saja ada insiden yang mungkin ada kecederaan yang parah, bangun segera untuk menahan Fisio dari terus masuk. Perhatikan isyarat dari pengadil dan dapatkan fisio dan/atau usungan untuk dimasukkan.
5. Masuk semula - jika ada pemain yang telah keluar untuk apa jua sebab dan ingin masuk semula, mereka boleh berada di garisan tepi ketika bola di dalam permainan. Dapatkan perhatian pengadil dengan menunjukkan arah di mana pemain itu berada agar isyarat pengadil dapat diberikan. Jika pemain keluar kerana kecederaan berdarah, pastikan tiada kesan darah di bahagian tercedera dan pakaiannya.
6. Memanaskan badan - pemain yang memanaskan badan di belakang garisan gol perlu juga diperhatikan. Jika mereka berdiri tanpa aktiviti warm up dapatkan perhatian jurulatih agar mereka kembali ke bangku. Apa2 juga masalah dengan bangku simpanan, pastikan TUGAS SELESAI sebelum kembali ke tempat anda.
7. Pengurusan Laporan - pastikan semua butiran di dalam borang laporan RINGKAS, TEPAT, SAH dan KEMAS tulisannya. Semak semula sebelum diserahkan.
INGAT: Ketika anda meningkat di dalam kerjaya, pemain dan pegawai yang sama mungkin akan meningkat bersama anda. Oleh itu,
CREATE YOUR FIRST IMPRESSION.

No comments: