Ketika mengadili sesuatu perlawanan, terdapat tempuh masa tertentu yabng memerlukan perhatian atau tumpuan khusus oleh pengadil. Suatu kajian oleh Universiti Cardiff mendapati bahawa fenomena ini benar. Tempuh masa yang idmaksudkan ialah 10 minit pertama, 5 minit sebelum dan selepas waktu rehat dan 10 minit terakhir perlawanan. Sering kali berlakunya banyak insiden atau kejadian dalam tempuh yang dimaksudkan ini. Tambahan lagi, terdapat 10 minit tertentu yang dikenal pasti ketika berlakunya konfrontasi dan masalah-masalah mungkin berlaku (contohnya, setelah sesuatu keputusan kontrovesi, suatu pergeseran di antara pemain atau setelah suatu jaringan yang genting). Pengadil perlu mengubahsuai pendekatan dalam kawalannya mengikut rentak oermainan yang dimainkan. Ketika permainan menjadi ‘panas’, pengadil hendaklah menghalusi pendekatannya dalam pengadilan. Ini bukan tidak konsisten tetapi ianya konsiten kepada ragam dan karenah pemain-pemain. Konsiten adalah cara mana pengadil mengawal permainan dan menukarkannya mengikut rentak permainannya.
Selepas pengadil membuat sesuatu keputusan yang berat atau genting: suatu sepakan penalti, perintah keluar, membatalkan sesuatu jaringan kerana ofsaid atau kesalahan-kesalahan lain, tempuh masa 10 minit berikutnya perlu diteliti oleh penilai pengadil dan juga pengadil itu. Jika setelah keputusan yang genting itu, keputusannya masih kuat, tegas, konsisten dan pasti, ini menunjukkan kematangan pengadil ini dan personality yang padu. Jika keputusan-keputusan berikutnya tidak konsisten, kabur, tidak pasti, lewat atau lembab atau berlaku kesilapan dalam keputusan atau tindakan disiplinnya, ia menunjukkan kekurang pengalaman, keberanian atau lemah wataknya. Sebagai seorang pengadil, kesedaran tentang kewujudan tempuh-tempuh masa ini dan bertindak balas mengikut rentak dan karenah permainan. Gengam dengan tegas, ketat atau benarkan kelicinan pergerakan permainan dan menghapuskan sebarang tindakan, kesalahan atau kelakuan yang tidak bersemangat sukan dengan menggunakan amaran lisan yang tegas, kad kuning atau perintah keluar. Bercakap dengan diri sendiri dan motivasi diri boleh membantu apabila pengadil keseorangan di tengah padang dan penolong-penolong hanya dapat memberikan bantuan yang terbatas. Akhirnya, "when the going gets tough, the tough gets going" - apabila permainan menjadi lebih hebat, perhebatkan diri untuk menghadapinya.